ZIKIR 1
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha
Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang
Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang
Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki
segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang
menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas
segalanya.
ZIKIR 3
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
ZIKIR 4
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki
kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka
hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami
ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah,
Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki
Kehebatan dan Kemuliaan.
ZIKIR 5
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
ZIKIR 6
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang
Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya
Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan
nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan
(jalan) mereka yang sesat.
ZIKIR 7
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)
ZIKIR 8
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya
Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah,
Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya
Allah.
ZIKIR 9
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk
mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana
Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy
langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua
wajah-wajah sujud dan tunduk
kepada-Nya.
ZIKIR 10
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang
Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur
Muhammad s.a.w. - (5 kali)
ZIKIR 11
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
ZIKIR 12
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang
memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh
Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
ZIKIR 13
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
ZIKIR 14
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).
ZIKIR 15
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
ZIKIR 16
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
ZIKIR 17
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
ZIKIR 18
Erti: Ya Allah – (8 kali)
ZIKIR 19
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
ZIKIR 20
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
ZIKIR 21
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
ZIKIR 22
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
ZIKIR 23
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu
cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia,
pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan
kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan
sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
ZIKIR 24
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami.
Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran
kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
ZIKIR 25 (terakhir)
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan