Ahad, 22 Disember 2013

Dr Abu Anas Madani

Dr Abu Anas Madani Peliharalah 7 perkara untuk bahagia: 1- Jangan membenci sesorang walau dia buat salah pada kamu. 2- Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya perbanyakkan berdoa kepada Allah. 3- Hiduplah dengan bersederhana sekalipun kamu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berharta. 4- Hendaklah sentiasa berfikiran positif walau sentiasa ditimpa ujian daripada Allah dan hendaklah bersangka baik kwpada Allah. 5- Banyakkan memberi atau bersedekah sekalipun kamu terhalang daripda menerima pemberian (iaitu walau org x bg kt kita). 6- Sentiasalah senyum sekalipun hatimu terluka. 7- Jangan putus berdoa untuk kebaikan saudaramu tanpa pengetahuannya..

Sabtu, 21 Disember 2013

PERSOALAN

Bagaimana wanita yang tidak sempat mendapatkan jodohnya di dunia? Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak? 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga. 4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga. 6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

SABDA RASULLULAH

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.