Sabtu, 30 September 2017

[ AL~FATIHAH : 1-7 ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,Lagi Maha Penyanyang. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkau Kami Menyembah Dan Hanya Kepada Engkau Kami Memohon Pertolongan. Tujukkanlah Kami Jalan Yang Lurus. (Iaitu) Jalan Orang Yang Telah Engkau Beri Nikmat Kepada Mereka, Bukan (Jalan) Mereka Yang Di Murkai Dan Bukan (Pula Jalan) Mereka Yang Sesat.
[ AL~FATIHAH : 1-7 ]

💐🌹 Di Manakah Solat Kita? 🌻🌺


 
Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan solat kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
1⃣ Golongan Pertama👹
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
2⃣ Golongan Kedua😈
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
3⃣ Golongan Ketiga👱
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
4⃣ Golongan Keempat👨
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
5⃣ Golongan Kelima💂
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
6⃣ Golongan Keenam👲
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.
7⃣ Golongan Ketujuh👳
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
8⃣ Golongan Kelapan👳👳
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).
9⃣ Golongan Kesembilan👳👳👳
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.
Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
💗💗 Semoga Bermanfaat. Sila kongsi sebanyak mungkin. 💗💗

SEMBAHLAH ALLAH DAN BERBUAT BAIK KPD IBU BAPA

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jgn menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sakali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
(Q.S. Al Isra' : 23)

7 WASIAT RASULULLAH SAW DAN AMALAN ZIKIR ALLAH

7 WASIAT RASULULLAH SAW DAN AMALAN ZIKIR ALLAH
Berkata Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW
berwasiat kepadaku dengan 7 perkara:
1) Supaya aku mencintai orang orang miskin dan
yang dekat dengan mereka.
2) Beliau memerintahkan aku agar aku melihat
kepada orang yang berada di bawahku dan
tidak melihat kepada orang yang berada di
atasku.
3) Beliau memerintahkan agar aku menyambung
silaturahimku meskipun mereka berlaku kasar
kepadaku.
4) Aku dianjurkan agar memperbanyakkan ucapan
'laa hawla wa laa quwwata illa billah' (tidak ada
daya dan upaya kecuali dengan pertolongan
Allah).
5) Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran
walaupun pahit.
6) Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan
orang yang mencela dalam berdakwah kepada/
di jalan Allah.
7) Beliau melarang aku agar tidak meminta minta
sesuatu pun kepada manusia.
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
INILAH AMALAN PARA SUFI YANG SUDAH JARANG DIAMALKAN OLEH UMMAT ISLAM KINI.
"Barangsiapa yang duduk di dalam keadaan suci, di tempat yang sepi, sambil menghadap qiblat, penuh ketenangan sambil menundukkan kepala, lalu dia menyebut nama "الله" dengan hati yang khusyu' dan penuh adab, dia akan memperolehi kesan daripada zikirnya suatu bekas yang nampak di dalam hatinya, jika dia terus menekuninya, maka akan terpancar padanya cahaya kedekatan dan tersingkap baginya rahsia-rahsia ghaib."
[Kitab Ar-Risalah Al-Mu' awanah karangan Al-'ArifbiLlah Al-Habib Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad Qaddasallahu Sirrahu]
"Dunia diciptakan untuk manusia.
Manusia diciptakan untuk akhirat."

RAHASIA DZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

RAHASIA DZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
Ibn ‘Abbas r.a. menuturkan, “Ketika Allah Swt. menciptakan ‘Arasy, maka Allah memerintahkan para malaikat pemikul ‘Arasy agar memikul ‘Arasy tersebut. Lalu mereka merasa berat memikulnya, maka Allah Swt. berfirman, ‘Bacalah, ‘subhân allâh.’ Para malaikat itu pun membaca, ‘subhân allâh,’ hingga mereka merasa ringan memiku l ‘Arasy.
Malaikat-malaikat itu terus membaca subhân allâh sepanjang masa, sampai Allah SWT menciptakan Nabi Adam. Ketika Nabi Adam bersin, maka Allah SWT. mengilhamkan kepadanya agar membaca al-hamdu li-allâh. Maka, Allah Swt. berfirman, ‘Yarhamuka Rabbuka (semoga Tuhanmu merahmatimu). Karena itulah, Aku mciptakanmu, wahai Adam.’ Para malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat ke dua yang agung, kami tidak boleh melupakan kalimat ini.
Mereka menyambungkan kalimat tersebut dengan kalimat pertama. Sehingga sepanjang masa malaikat mengucapkan, ‘Subhân allâh wal hamdu li-allâh.’ Malaikat-malaikat terus membaca kalimat tersebut sampai Allah mengutus Nabi Nuh a.s. Dalam sejarah disebutkan bahwa kaum Nabi Nuh adalah orang pertama yang menjadikan berhala sebagai sesembahan. Lalu Allah Swt. mewahyukan kepada Nabi Nuh agar ia menyuruh kaumnya untuk mengatakan, ‘lâ ilaha illa allâh,’ hingga Allah meridai mereka.
Malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat ketiga yang akan kami gabungkan dengan dua kalimat sebelumnya.’
Mereka pun mulai mengatakan Subhân allâh wal hamdu li-allâh wala ilaha illa allâh. Kalimat ini terus diucapkan oleh para malaikat sepanjang masa, sampai Allah SWT mengutus Nabi Ibrahim a.s. Allah Swt. memerintahkan agar Nabi Ibrahim mengurbankan anak kesayangannya, Isma‘il. Kemudian Allah menggantinya dengan seekor domba. Ketika Ibrahim melihat domba itu, maka ia berkata, ‘Allâhu Akbar,’ sebagai luapan kegembiraannya.
Malaikat berkata, ‘Ini adalah kalimat keempat yang agung. Kami akan menggabungkannya dengan tiga kalimat sebelumnya.’ Akhirnya, para malaikat itu mulai mengucapkan, ‘Subhân allâh wal hamdu li-allâh wala ilaha illa allâh wa Allâhu Akbar.’ Waktu malaikat Jibril menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw., maka karena kekagumannya, beliau berkata, ‘Lâ hawla wala quwwata illa billah al-‘alî al-‘azhîm.’ Maka, Jibril berkata, ‘Ini adalah kalimat penutup dari empat kalimat sebelumnya.’”
Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Siapa bertasbih kepada Allah 33 kali setiap kali selesai salat; bertahmid kepada Allah sebanyak 33 kali; dan bertakbir kepada Allah 33 kali; maka, totalnya 99 kali. Kemudian ia menggenapkannya menjadi 100 dengan bacaaan ‘Lâ ilaha illâ Allâh wahdahu lâ syarîka lah lahu al-mulku wa lahu al-hamdu wa huwa ‘ala kulli syay’in qadîr. Maka, Allah akan mengampuni semua kesalahan-kesalahannya, meskipun sebanyak buih lautan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan pula bahwa Nabi Musa a.s. mengatakan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membedakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ Allah SWT menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’
Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’
Allah SWT menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku. Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’
Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’
Allah SWT menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”
---Syekh 'Abd al-Hamid Anquri dalam Munyah al-Wâ‘ìzhîn wa Ghunyah al-Muta‘azhzhîn

DIDIKLAH ANAK

Mendidik anak bererti sama dengan memanjangkan usia kita. Kerana anak kita lahir dari diri kita. Umur kita mungkin hanya puluhan tahun saja. Tapi dengan adanya anak-anak yang soleh, seolah-olah kita hidup selama ratusan tahun bahkan lebih. Semua itu kerana doa yang mereka kirimkan kepada kita saat kita terbaring di alam kubur.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ لَيَرْفَعُ الْعَبْدَ الدَّرَجَةَ فَيَقُولُ: رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ الدَّرَجَةُ، فَيَقُولُ: بِدُعَاءِ وَلَدِكَ لَكَ
"Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seseorang di dalam syurga. Lalu orang itu bertanya: Wahai Tuhan, dari mana saya memiliki darjat yang sedemikian tinggi ini? Allah menjawab: Dari doa anakmu untukmu."
(HR. Baihaqi)

KISAH TAYAR KERETA

Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Group² Lain....
Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua....

*PENJELASAN TENTANG AYAT KURSI DAN KHASIATNYA*

*PENJELASAN TENTANG AYAT KURSI DAN KHASIATNYA*
Ayat kursi adalah firman Tuhan, surah Al-Baqarah ayat 255. Ayat tersebut telah umum diketahui mengandungi khasiat yang besar sekali. Terdapat 99 buah hadist yang menerangkan kebesaran fadilatnya dan diantaranya ialah penolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran, meningkatkan keimanan dan sebagainya.
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengantaranya, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya. Rasulullah s.a.w segera memerintahkan kepada penulis al-Quran, iaitu Zaid bin Tsabit agar segera menuliskannya dan menyebarkannya.
Sebabnya ayat ini digelar ayat kursi adalah kerana didalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah dan bermartabat.
Kursi ini bukanlah yang dimaksudkan dengan tempat duduk Tuhan, tetapi kursi itu adalah syiar atas kebesaran Tuhan.
Allah s.w.t jadikan kursi meliputi tujuh lapisan langit dan bumi. Kebesaran tujuh lapisan langit dan bumi jika dibandingkan cumalah seumpama serumpun pohon kecil di tengah padang pasir yang luas manakala kursi adalah umpama padang pasirnya. Betapa besarnya kuasa kursi. Disamping kiri dan kanan kursi yang megah itu tercipta beribu-ribu kursi kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya yang duduk pada tiap-tiap kursi kecil. pada tiap-tiap kursi kecil terdapat malaikat yang membacakan ayat kursi dan malaikat yang mencatatkan pahala bagi orang yang membacanya.
BEBERAPA KHASIAT AYAT KURSI YANG DIPETIK DARI HADIST:
(1)
Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, Khawasul Quran: bahawa ibnu kutaibah meriwayatkan sesuatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah, iaitu salah seorang pedagang kurma bernama Ka'ab telah pergi ke negeri Basrah membawa barang dagangnya untuk dijual di pasar Basrah. Setelah Ka'ab sampai ka'ab pun mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang datang terlebih dahulu. Kemudian ka'ab melihat sebuah rumah kosong, di dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Rumah itu kelihatan telah lama tidak didiami orang. Ka'ab datang kepada tuan empunya rumah, ia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang seminggu. Kata yang tuan rumah, rumah itu bermisteri yang selalu menjadi buah mulut masyarakat. Menurut kata orang, rumah itu dihuni oleh jin Ifrit. Banyak orang yang mendiaminya binasa. Lalu ka'ab berkat, meskipun demikian, kerana tiada lagi tempat lain jadi saya bersedia tinggal di rumah itu asal saja yang empunya mengizinkan. "Baiklah". Kata yang tuan rumah. "Saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa"
Lalu ka'ab pun tinggal di rumah itu mulai senja dan tidak merasa takut. Tetapi setelah tengah malam ka'ab terlihat kelibat lembaga hitam dengan dua mata yang menyala seperti api datang mendekati ka'ab, lalu dengan segera ka'ab bangun dan membacakan: "Allaahulaa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum" tetapi lembaga hitam selalu mengikuti apa yang dibaca oleh ka'ab sehingga hampir pada ayat akhir. Apabila ka'ab membaca pada ayat yang terakhir berbunyi "Walaa ya uduhu hifdhuhumaa wa huwal 'aliyyul 'azhiim" tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.
Ka'ab hairan dan diulangnya lagi "Walaa ya uduhu hufdhuhumaa wa huwal 'aliyyul 'azhiim" ternyata suara itu tidak mengikutinya lagi. Lalu dibacanya berulang kali sehingga lembaga hitam itu pun lenyaplah dari pandangan ka'ab dan tercium bau seolah ada sesuatu yang terbakar. Kemudian ka'ab pun tidur tanpa ada gangguan lagi.
Menjelang pagi hari ka'ab terlihat di salah satu sudut rumah itu terdapat bekas-bekas debu seolah seperti sesuatu yang telah terbakar. Ketika itu ka'ab terdengar satu suara berkata: "Hai ka'ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas". Ka'ab hairan dan berkata: "Dengan apa aku membakarnya?" Jawap suara itu: "Dengan firman Tuhan 'walaa ya uduhu hifdhuhumaa wa huwal 'aliyyul 'azhiim".
(2)
Siapa yang membaca ayat kursi dengan dawam:
- setiap kali selesai sembahyang fardu.
- setiap pagi dan petang.
- setiap kali masuk dan keluar rumah.
- setiap kali masuk ke tempat tidur.
- pergi musafir.
Insyaallah ia akan dilindungi dari:
- godaan syaitan
- kejahatan raja-raja yang kejam
- kejahatan manusia
- kejahatan binatang-binatang buas
Dan terpelihara atas:
- dirinya
- keluarganya
- anak-anaknya
- hartanya
- rumahnya
- kemalangan
- kekaraman
- kebakaran
Dan mendapat keselematan serta kesihatan dengan izin Allah s.w.t.
Demikian yang terdapat dalam kitab khawasul Quran dari Imam Ghazali.
(3)
Terdapat keterangan dalam kitab-kitab Asrarul Mufidah: "Barang siapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap kali sebanyak 18 kali insyaallah dengan izin Allah s.w.t dia akan:
- hidup berjiwa tauhid.
- dibukakan dada dengan pelbagai hikmat.
- dimudahkan rezeki.
- dinaikan martabatnya.
- diberikan pengaruh besar sehingga orang selalu segan kepadanya.
- dipelihara dari segala bencana.
(4)
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat kursi sebanyak anggota sujud iaitu 7kali setiap hari, adalah benteng pertahanan Rasulullah s.a.w.
(anggota sujud ialah 7, yakni:
- dua tapak tangan
- dua tapak kaki
- dua lutut
- kening
(5)
Syekh Abdul 'Abbas Al-Bunni menerangkan: "Barang siapa membaca ayat kursi sebanyak hitungan perkataannya iaitu 50kali lalu ditiup pada air hujan kemudian diminumnya, insyaallah Tuhan akan mencergaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.
Demikianlah keterangan yang didapati dalam kitab Khazinatul Asrar, halaman 148.
(6)
Siapa yang membaca ayat kursi sesudah selesai sembahyang fardu Allah s.w.t akan mengampunkan dosanya. Dan siapa yang membacanya ketika hendak tidur, akan terpelihara dari gangguan syaitan dan siapa membaca ketika sedang marah, maka akan hilang rasa marahnya.
(7)
Syekh Al-Buni menerangkan: siapa yang membaca ayat kursi sebanyak hitungan hurufnya iaitu 170 huruf, maka insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan pada segala hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan fikirannya, meluluskan rezekinya, menghilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
Demikian keterangan yang terdapat dalam tafsiran Al-Qudsi.
(8)
Barang siapa membaca ayat kursi ketika hendak tidur maka Allah akan mewakilkan kepada dua malaikat yang menjaganya selama dia tidur sampai ke pagi.
Demikian sabda nabi Muhammad s.a.w dari Abi Qutadah.
(9)
Abdurrahman bin 'Auf menerangkan: bahawa apabila ia masuk ke rumahnya ia akan membacakan ayat kursi pada 4 penjuru rumahnya dan mengharapkan agar ayat kursi tersebut menjadi penjaga dan pedinding syaitan.
Demikian keterangan yang terdapat dalam tafsir Al-Qudsi.
(10)
Seorang pedagang sedang dalam perjalanan melalui padang pasir menuju sebuah negeri untuk menjual barang dagangnya, ia selalu diikuti oleh rombongan perompak. Apabila menjelang malam hari, ia membaca ayat kursi sebanyak 7kali dengan tujuan membuat dinding pertahanan sekitar dirinya dan juga hartanya sebelum ia tidur. Dibacanya ayat kursi terus menerus sehingga tertidur.
Ketika pagi hari dia didatangi oleh beberapa orang yang tidak dikenali lalu mereka berkata: "Wahai pedagang, padamu ada rahsia yang ajaib. Ketika kami hendak merompak harta benda mu pada malam hari dan ingin membunuh mu, kami melihat pagar besi yang tidak dapat ditembus pada sekitar tempat tidur mu. Berkali-kali kami datang ke tempat itu kami tetap melihat adanya pagar tersebut. Kami ingin mengetahui apakah amalan mu dan kami berjanji tidak akan lagi mengerjakan perbuatan jahat ini asalkan kamu memberitahu amalan yang digunakan oleh mu. Kemudian pedagang itu menjelaskan amalan yang digunakannya ayat kursi. (Khasaisul Qudsi)
(11)
Syekh Buni menerangkan: Siapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat kursi. Kemudian masuklah bersama para jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut dan menghadap ke arah musuh sambil membaca ayat kursi sebanyak perkataannya atau sebanyak hurufnya. Maka dengan perlindungan Allah s.w.t musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudaratkannya.
(12)
Syaikhul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan: Bahawa siapa yang membaca ayat kursi sebanyak seribu kali dalam sehari semalam kemudian dawan (atau terus menerus) membacanya sampai 40 hari maka demi Allah demi Rasul dan demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia.
Demikian keterangan yang terdapat di dalam kitab Khawasul Quran.
(13)
Abdullah Al-Qurtubi menerangkan: Bahawa ayat kursi ada mengandungi keistimewaan, di dalamnya terdapat ismul-a'zam, tersusun dalam 50 kata-kata, terdapat 17 nama Allah dhahir dan dhamir, terdapat 17 huruf mim dan 17 huruf waw. Ayat kursi membahas keEsaan zat Allah s.w.t dan kesempurnaan sifat-sifatnya.
(14)
Terdapat keterangan di dalam kitab Durrulmansur: Surah yang terafdal diantara surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran adalah suratul Baqarah. Dan diantara ayat-ayat yang terbesar di dalam surah Al-Baqarah adalah ayat kursi. Sesungguhnya syaitan akan melarikan diri dari rumah jika membaca suratul Baqarah di dalam rumah.
(15)
Terdapat di dalam kitab Itqan: Bahawa siapa yang membaca empat ayat pada permulaan suratul Baqarah dan ayat kursi, ditambah dua ayat setelah ayat kursi kemudian ditutup dengan tiga ayat pada akhir suratul Baqarah, maka dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan. Dan jika dibaca pada orang gila, nescaya akan sembuh dengan izin Allah s.w.t.
~ Semoga bermanfaat kepada semua ~

KEISTIMEWAAN 2 AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH


Para ulama' menyebutkan bahawa siapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, maka Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan.
Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa dengan membaca ayat tersebut imannya akan diperbaharui kerana di dalam ayat tersebut ada sikap pasrah & berserah kepada Allah Ta’ala.
Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa ayat tersebut sebagai pengganti dari berbagai zikir kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat.
Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna.

CIRI2 WANITA TERBAIK

Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.
(SURAH AN-NUR 24:31)
Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertonton.
(HADIS BUKHARI)
Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(SURAH AL-AHZAB 33:59)
Sentiasa bersih dan berbau segar.
(HADIS BUKHARI)
Pembawaan diri sopan, tegas dan bersahaja.
(SURAH AL-QASAS 28:25)
Sentiasa bercakap dengan nada suara bermaruah seperti tidak dimanja dan digemersikkan suara.
(SURAH AL-AHZAB 33:32)
Menjauhi gaya tabarruj, penggayaan diri yang mengganggu fitrah lelaki hingga menarik kepada dirinya.
(SURAH AL-AHZAB 33:33)
Tidak mengubah ciptaan Allah S.W.T. seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur kening dan sebagainya.
(SURAH AN-NISA' 4:119 | HADIS RIWAYAT BUKHARI | MUSLIM, ABU DAWUD | TIRMIZI)
Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HADIS IBNU ABBAS)

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

UJIAN KIFARAH DOSA ?
Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
......
......
Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??
Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu..
Allah dah janji,
INNA MA'AL USRI YUSRO..
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)
Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)
Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??
Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??
Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????
Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..
Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !!
Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!
BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....
"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."
Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..
Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..
Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

(DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU).

Seorang raja meminta tukang emasnya yg sudah tua utk menuliskan sesuatu di cincinnya.
Raja itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu kepada beta yg dapat kamu simpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu, supaya beta pun boleh mengambil pengajaran daripadanya".
Berbulan2 si tukang emas yg tua itu membuat cincin yg dikehendaki sang raja, tetapi yg sulitnya adalah apa yg patut ditulis di cincin emas yg kecil itu.
Akhirnya setelah lama berfikir panjang, si tukang emas itu pun menyerahkan cincinnya pada sang raja.
Dengan tersenyum, sang raja membaca tulisan kecil di cincin itu.
Bunyinya,
"THIS TOO, WILL PASS"
(DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU).
Awalnya sang raja tidak terlalu mengerti dgn apa yg tertulis di cincin itu.
Suatu hari, tatkala sang raja sedang gundah menghadapi masalah yg berat, dia membaca tulisan di cincin itu dan dia menjadi kembali tenang,
“Dan inipun akan berlalu.”
Dan tatkala sang raja sedang gembira ber-senang2 dan memperoleh berbagai nikmat, dia secara tak sengaja membaca tulisan di cincin itu, segera dia menjadi rendah hati kembali kerana dia mengerti nikmat yg dikecap itu tidak akan kekal lama.
_____
Benar.
Ketika kita punya masalah besar atau sedang dalam keadaan terlalu gembira, ingatlah kalimat ini,
"Dan ini pun akan berlalu."
Kalimat ini, kalau direnungkan dgn dalam akan menghantarkan kita pada keseimbangan hidup yg kita kecapi sekarang.
Tiada satupun yg kekal.
Jadi, ketika kita punya masalah, jangan terlalu bersedih.
Dan ketika kita dalam kesenangan, nikmatilah ia dgn sederhana.
Ingatlah....
Apapun yg kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.
Janganlah menunggu tua baru bertaubat, kerana kematian menjemput tidak mengenal waktu.
Janganlah menunggu kaya baru memberi, tapi memberilah maka kamu akan semakin
kaya...

RENUNGAN

Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari Suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTERI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : *“Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.”*
(HR Tirmidzi)

TAZKIRAH

Kisah Ahli Sufi Dan Sebutir Kurma.
Seorang sufi yg terkenal dgn kezuhudannya pernah mengalami suatu peristiwa yg mengandung hikmah utk diambil manfa'atnya: Beginilah kisah tersebut:
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal diperjalanan, dia membeli sedikit kurma dari pedagang tua dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terjatuh dekat penimbang. Menyangka kurma itu sebahagian dari yg dibelinya, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa.
Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdo'a khusuk sekali. Tiba-tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
‘Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yg zuhud dan wara’ yg do'anya selalu diqabulkan ALLAH SWT.’ kata satu Malaikat.
‘Tetapi sekarang tidak lagi. Do'anya ditolak kerana 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yg jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat Masjidil Haram.’ jawab Malaikat yg satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama empat bulan ini ibadahnya, solatnya, do'anya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yg bukan haknya. ‘Astaghfirullahal 'adzhim’ Ibrahim beristighfar.
Dia langsung berkemas utk berangkat lagi ke Makkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yg telah dimakannya. Sesampai di Makkah dia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemui pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.
“Empat bulan yg lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Ke mana ia sekarang ?” tanya ibrahim.
“Sudah meninggal sebulan yg lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma.” jawab anak muda itu.
“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita. ‘Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yg terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.
“Bagi saya tiada masalah. In Syaa ALLAH saya halalkan. Tapi entah dgn saudara-saudara saya yg jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas namakan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dgn saya.” jawab pemuda itu.
“Di mana tempat tinggal saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu." pinta Ibrahim.
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui mereka. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yg termakan oleh Ibrahim.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali sudah berada di bawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yg dulu bercakap-cakap.
“Itulah Ibrahim bin Adham yg do'anya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”
“O, tidak.., sekarang do'anya sudah maqbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yg haram kerana masih milik org lain. Sekarang ia sudah bebas.”
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halalkah? Jika ragu-ragu, lebih baik kita tinggalkan.

DOA IBU

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya.
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "
*Begini doanya:*
اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم
*"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"*
*(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allah
Khas untuk ibu ayah dlm group ini:
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

KENA TAU

*_Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat_*.
*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.
*Doa Iftitah*:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika
*rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika
*bangun dari rukuk*:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika
*iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika
*sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika
*duduk di antara dua sujud*:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika
*Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika
*Tahiyat Akhir*:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!!!

AMALAN

ا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
     “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata  sehingga selesai bacaan :
اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :
اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama? 
Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)
     Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
     Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”
Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:   “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)
*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)

PETUA

Mari amalkan...
Pagar yang paling kuat..
Barang siapa yang amal
1. Surah Al-Baqarah ayat 1-5
2. Ayat kursi
3. Tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah
Menjelang malam (waktu maghrib)
Menjelang siang (waktu subuh)
Terhindar dari sihir...

DOA DHUHA

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..

ALIF LAM MIN ..

ALIFF LAM MIM.
KITAB (AL QURAN) INI TIDAK ADA KERAGUAN
PADANYA ; PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERTAQWA,
(IAITU) MEREKA YANG BERIMAN KEPADA YANG GHAIB, MENDIRIKAN SOLAT, DAN MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA,
DAN MEREKA YANG BERIMAN KEPADA (AL QURAN) YANG DITURUNKAN KEPADAMU
( MUHAMMAD ) DAN ( KITAB2 ) YANG TELAH DI TURUNKAN SEBELUM ENGKAU, DAN MEREKA YAKIN AKAN ADANYA AKHIRAT.
MEREKALAH YANG MENDAPAT PETUNJUK
DARI TUHANNYA, DAN MEREKA ITULAH ORANG2 YANG BERUNTUNG