*_Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau
makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak
hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita
renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut
sewaktu kita solat_*.
*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.
*Doa Iftitah*:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci
Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang
mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku
bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu
bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan
aku dari golongan orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama
Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya
kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika
*rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika
*bangun dari rukuk*:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika
*iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika
*sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika
*duduk di antara dua sujud*:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika
*Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad.
Bacaan ketika
*Tahiyat Akhir*:
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke
atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan