Rabu, 25 Oktober 2017

Lelaki Acuan Al Quran.

Lelaki Acuan Al Quran.

Adalah seorang lelaki yang beriman , yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah, yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, yang sentiasa haus dengan ilmu, yang sentiasa dahaga akan pahala, yang solatnya adalah... maruah dirinya, yang tidak pernah takut untuk berkata benar, yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..

Lelaki Acuan Al Quran..

Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang jembalang..

Lelaki Acuan Al Quran..

Adalah lelaki yang menghormati ibunya, yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

Lelaki Acuan Al Quran..

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah, yang boleh diajak berbincang dan berbicara, yang menjaga matanya daripada berbelanja, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..

Lelaki Acuan Al Quran..

Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Lelaki Acuan Al Quran..

Sentiasa mengingati mati, yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..

Lelaki Acuan Al Quran..

Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga, Di situlah rumah idamannya..

Wahai Syabab harapan Islam ! ayuh berusaha menjadi lelaki acuan Al Quran. moga Allah redha...

RENUNGAN

Assalamualaikum.....untuk renungan kita semua Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat... meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

KAWAN

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu
sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang
cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus
mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp
nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan
kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape
dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk
tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade
sekejap takde....... kata saya, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun
dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan...
tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp
kawan saya... itu cara saya berkawan..!! If I dont get this back I
understand... I have a game for you. Once you read this letter, you
must send it to 14 people that you really care about, including the
person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are
AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia.
walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.
kirim balik jika kamu anggap saya teman selamanya, kirim ke semua teman
mu. lihat berapa banyak teman yg sayang kamu....

NASIHAT

Salah satu tulisan yang sangat mengesankan ditulis oleh Syeikh Muhammad Sayyid Tantawy, Imam Besar Masjid Al-Azhar, Mesir Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri hati Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah tercapai Sedangkan redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan tumpukan saja pada redha Allah.

ROH

*"Insan itu hidup dengan rohnya, Tanpa roh, dia mati. Namun, jika rohani insan itu mati, dalam jasadnya, bererti dia sebenarnya mati dalam zahir hidupnya. Ia adalah keadaan yang malang, kerana insan yang hidup jasmaninya, tetapi mati rohaninya (hatinya), dia sebenarnya telah mati tanpa dia menyedarinya. Lalu dia hidup dalam kepalsuan."* - [ Shaykh Sidi Al Al syarif Yusuf Al Hasani hafidzahullah

KEMATIAN

Kematian itu datang dengan tiba-tiba. Ia tidak peduli kita bersedia atau tidak. Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian, tapi lupa mempersiapkan bekal kematian itu sendiri. Kematian adalah sebuah pintu yang apabila telah dibuka dan tertutup kembali ia tidak akan pernah terbuka lagi selamanya. Sedangkan jalan setelah kematian sangat panjang dan mengerikan bagi orang yang tidak punya bekal. Muhasabah diri #matiitupasti >Selamat malam......

DOSA & TAAT

DOSA & TAAT Dari sebagian kaum zahid mengatakan : " Barangsiapa dengan tertawa berbuat dosa maka Allah akan melempar dia ke dalam neraka dengan tangisan, dan barangsiapa dengan menangis berbuat taat maka Allah akan memasukannya ke dalam syurga dengan tertawa. " Maksud dari nasehat ini adalah : Orang yang dengan bangga berbuat dosa maka akan masuk neraka dengan penuh penyesalan. Orang seperti ini pada hakikatnya telah melakukan dua dosa besar sekaligus iaitu dosa itu sendiri dan dosa kerana bangga berbuat dosa. Sebaliknya orang yang taat kepada Allah dengan penuh rasa penyesalan atas dosanya dan takut mendapat siksa sehingga ia menangis kerananya, kelak akan masuk syurga dengan kegembiraan. Orang seperti ini pada hakikatnya telah melakukan dua kebajikan, iaitu kebajikan taat itu sendiri dan kebajikan penyesalan atas dosa yang ia lakukan. [ Nashaihul Ibad, Imam Nawawi Al Banteni ] >Muhasabahdiri

Selasa, 24 Oktober 2017

*Lembutnya nasihat ini*

*Lembutnya nasihat ini*
Baca perlahan-lahan dan Baca Sampai Akhir
Anda Akan Terpukau
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .
Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .
Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .
Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan"
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة
Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
maka maut menjawab: "Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!
Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .
Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .
Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله
Ketika kau meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁
إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره
Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah.
▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯
إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.
Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"
Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
Ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu kerana malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"
Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"

كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية فسقوط المطر أجمل بدايةُ
Bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''
Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap keadaan.

كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
وصبرك أدخلك الجنة"
Pada suatu hari kau akan menemukan bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.

كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).
Di antara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.

كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم
Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu.

كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
» ففي القرآن جنتك .
• إن آلمتك وحدتك !
» فإلى السماء دعوتك .
• إن سألوك عن أخبارك !
» فاحمد الله و ابتسم .
Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah.

أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
» انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا
Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yang sangat berharga ini,,
Jangan lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dengan niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dalam segala urusan kita..
Keberkahan dalam rezeki kita..
Dijaga dari segala mara bahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu daripada segala aliran dan aqidah yang menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..

هدية للأحباب..🎁
أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله
Hadiah untuk saudaraku yang kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.