Ahad, 1 Oktober 2017

BISMILLAH HIR RAHMA NIR ROHIM

BISMILLAH HIR RAHMA NIR ROHIM

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya". Wasiat itu adalah :

1. Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.

2. Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.

3. Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

4. Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.

Saidina Abu Bakar As Siddiq berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

· Hartanya menjadi rebutan orang orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya foya pada jalan yang tidak berguna .

___________________________________


 *Nasihat Kepada Diri*

Wahai diri, lazimkanlah diri merasa berdosa kepada Allah dan hinanya diri ini di sisi Allah. Semua amalan yang telah saya lakukan tidaklah sampai ke mana pun. Berapa banyak solat yang aku tinggalkan? Berapa banyak solat yang aku lewatkan? Berapa banyak solat yang aku cuaikan? Berapa banyak maksiat hati aku lakukan? Berapa banyak maksiat mata aku lakukan? Berapa banyak maksiat tangan? Maksiat kaki?

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu yang paling hina, hinanya aku sehingga tidak aku sedari hakikat kehinaan aku, sedangkan aku masih bermegah megah bahawa aku ini orang bersama orang orang yang soleh tanpa aku mengakui aku ini sehina hina ahli maksiat, ampunkanlah aku ya Allah, istiqamahkanlah aku berserah diri kepadaMu, sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan