Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala”
“Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala”
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah
اللَّهُمَّ
إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ
،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ،
وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ
كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ
لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي
فِيهِ ، اللَّهُمَّ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ
لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي
الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
"Ya
Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan
penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar,
sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak
mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah,
jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku
dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah
untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.
Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam
agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku
yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku
dengan takdirMu itu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan