Rabu, 4 Oktober 2017

KATA SEMANGAT SEORANG WANITA

KATA SEMANGAT SEORANG WANITA

Untuk menjadi wanita muslimah dan soleha,
Dan wanita syurga..?
Bukanlah semudah yang kita fikirkan..
Dan bukanlah semudah untuk kita hadapi ujian Allah..
Namun itu semua adalah ketentuan Dari Ilahi,
Yang telah ditetapkan dalam hidup kita sejak azali...
Namun kuatkan iman dan taqwa dalam hati,
Semoga hati kita tidak dihasut dengan bisikkan2..
Iblis dan syaitan laknatullah..
Yang sudah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan umat islam..
Ataghfirullah Al-Azim..
Banyakkanlah istigfar dan zikir dalam hati,
Semoga hati kita sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta kepadaNYA..
Namun adakah sekarang wanita seperti ini,
seorang wanita yang mempunyai akhlak yang mulia..
Tabah menghadapi segala ujian Allah,
mempunyai sifat rendah hati dan rendah diri,
Pernahkah seorang wanita terfikir untuk menjadi seperti ini,
untuk menjadi wanita muslimah..
dan juga wanita soleha..
Ya Allah aku sentiasa berharap seperti Khadijah a.s,
Isteri kepada Rasulullah s.a.w..
walaupun pun kita dipandang hina sekali pun oleh manusia,
Tapi ingatlah setiap hinaan yang kita terima dari orang,
Kita pasti akan mendapat pujian dari Allah..
bagi orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi,
apa2 pun ujian Allah..
Ingatlah Allah sangat dekat dalam hati kita..
hanya kita sebagai hamba mencari dan terus mencari,
cinta dan keredhaan Allah s.w.t...
ingatlah seseorang yang sentiasa teirma ujian daripada Allah..
ini kerana kita disayang Allah s.w.t..
Apa2 pun redha lah dengan segala ketentuan DariNYA..
InsyaAllah pasti akan mendapat ganjaran yang lebih kita terima..
dari Allah s.w.t.. percayalah...
yakinlah yakni dengan satu..
iaitu kepada Allah taala....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan