Terjemahan Surah Al-Insyirah:-
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila
engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang
lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah,
seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi
suatu kelapangan daripadaku"
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan
solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan
segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta
dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan
segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan
ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu
nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan
rezeki dalam segala urusan.
Imam Al-Ghazali r.a dan para Auliya Allah
berkata: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah selepas Fatihah dalam
rakaat pertama solat sunat subuh dan Surah Al-Fiil dalam rakaat ke dua,
InsyaAllah tidak akan dimudharatkan oleh musuh musuhnya dan tiada jalan
bagi musuhnya untuk mengkhianatinya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan