Jumaat, 6 Oktober 2017

tazkirah

*Riak dan ujub*
Keadaan yang paling menghiris hati kelak di hari akhirat adalah ketika Allah SWT menampakkan segala pahala ibadah kita di hadapan kita.
Inilah pahala solat berjemaah kamu di masjid, inilah pahala menghadiri majlis ilmu kamu, inilah pahala baca Al Quran kamu, inilah pahala berdakwah kamu. Inilah pahala sedekah kamu."
Dan ketika kita merasa syurga sudah begitu dekat, selangkah sahaja lagi tiba-tiba saja semua pahala tersebut hilang entah ke mana.
Semua pahala ini telah engkau tebus dengan amalan riak dan ujub di dunia dahulu. Hingga tiada baki sedikit pun lagi di akhirat. Silakan engkau meminta kebaikan kepada manusia-manusia yang membuat kamu riak dan ujub itu!".
Riak dan ujub itu begitu halus. Tidak dapat dikesan. Tidak seperti perbuatan zina atau pembunuhan.
Seorang penzina dan pembunuh sedar yang perbuatannya salah lalu bertaubat. Namun pelaku ujub dan riak kebanyakannya tidak menyedari kesalahannya.
Lawanlah riak dan ujub sekarang. Sewaktu kita berada di atas dunia ini ....insyaallah
Semoga bermanfaat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan