Sabtu, 7 Oktober 2017

SIKAP RASULULLAH SAW TERHADAP QADA DAN QADAR...

SIKAP RASULULLAH SAW TERHADAP QADA DAN QADAR...
Dari Al-Auzai ra, ia berkata: seorang Yahudi datang kepada Nabi saw, ia bertanya kepada baginda tentang masalah kehendak. Baginda menjawab: kehendak hanyalah milik Allah semata. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku berdiri”? baginda menjawab: “itu kerana Allah berkehendak anda untuk berdiri”. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku duduk”? jawabnya: “itu kerana Allah berkehendak anda untuk duduk”. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku ingin memotong batang pohon kurma ini”? jawabnya: “itu kerana Allah berkehendak utk kamu memotong batang pohon kurma itu”. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku tidak ingin memotong batang pohon kurma ini”? jawabnya: “itu kerana Allah berkehendak untuk kamu tidak memotong batang pohon kurma itu”. Beliau berkata: kemudian Jibril mendatanginya dan berkata: hujjahmu telah dibimbing, sebagaimana dibimbingnya Ibrahim as, ia berkata: dan ayat quran(al-hasyr:5) pun diturunkan. (dipetik dari Hayatu Syahabah 3/28).
Dari Ibnu Umar ra, ia berkata: telah datang seseorang kepada Abu Bakar, ia berkata: adakah anda melihat orang yg berzina itu masuk dalam lingkungan takdir Allah? Ia menjawab: Ya. Iya bertanya lagi: Allah telah menetapkannya? Kemudian Ia akan menyeksaku kerananya? Ia menjawab: Ya. Namun demi Allah, jika aku punya seorang manusia, aku akan perintahkan dia utk mematahkan hidungmu. (dikutip dari Kanzul ‘Umma 11/1537).
Dari Abd Rahman bin Sabith ra, ia berkata: Abu Bakar berkata: Allah swt telah menciptakan alam semesta, kemudian mereka berada dalam genggaman-Nya. Ia kemudian berkata: barangsiapa berada dalam genggaman kananNya, masuklah kalian ke syurga dengan selamat. Dan barangsiapa yg berada dalam genggaman kiri-Nya, masuklah kalian ke neraka, sedang Ia(Allah) tidak peduli. Sampai mendatangkan hari kiamat. (dikutip dari Kanzul Umma 11/1538).
Subhanallah….. Cuba kita renung diri kita, adakah selama ini Allah mempermudahkan kita untuk melakukan kebaikan atau keburukan?
Seandainya kita dipermudahkan untuk melakukan kebaikan, Alhamdulillah. Seandainya sebaliknya, mohonlah petunjuk Allah kerana sekiranya anda berasa insaf dan sedar selepas membaca ini semua, maka keinsafan itulah sebenarnya yang telah ditetapkan buat anda dalam kitab-Nya(Lauhul Mahfuz).
Ketahuilah, sekiranya anda berdoa, maka Allah lah yg berkehendak untuk anda berdoa seperti yg ditulis di kitab-Nya(Lauhul Mahfuz).
Artikel yg anda sedang baca ini juga adalah kerana Allah berkehendak untuk anda baca seperti yg tertulis dalam kitab-Nya(lauhul mahfuz). Saya yang menyebarkan artikel ini juga kerana Allah berkehendak untuk saya sebarkan seperti yg tertulis dalam kitabNya(lauhul Mahfuz).
Sesungguhnya apa yg telah ditulis dalam kitab lauhul mahfuz itu tetap akan berlaku meskipun kita cuba mengelak daripadanya. Sungguh Allah maha bijaksana dalam mentadbir alam ini.
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah(pengakhiran yg baik)”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan