‘Ainul
Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika
Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para
Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang
keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan
bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar
berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau
malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat
yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang
yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar
(disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga
turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam
tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat
yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian
yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya,
“Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah
Syurga.”
Pemuda
tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu
dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga
bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita
yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia
ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu
dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana
dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita
itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya
di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”Pemuda
itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya
amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah
dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah,
saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila
pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara
belum syahid lagi!”.
Pemuda
itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia
menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu
dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.
Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang
itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan
pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir
waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama
menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi
telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi
yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam
sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya
Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan
sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan