Bidadari
merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki
syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya
adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah
merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan
Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan
sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka
akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......:
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata
yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada
agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia
shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana
malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai
salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi
cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu
lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka
berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita
yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia
ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah...
wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di
dalam
singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari
yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul
mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di
dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh
mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama
dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat
di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku
diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid
lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia
menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia
memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di
dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah
shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di
waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk
berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang
sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW
berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia
sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan