*JIWA KOTOR MENJADIKAN MANUSIA JAHAt*
Kita mungkin terfikir bagaimana manusia boleh menjadi jahat, buruk
akhlak, busuk hati dan hitam jiwa. Ada manusia yang suka berburuk
sangka sehingga apa sahaja perbuatan orang lain dibaca dalam timbangan
buruk. Ada yang kerjanya mencari salah orang walaupun diri sendiri
tidaklah sempurna pun. Ada yang sanggup berhabis harta kerana mahu
memusnahkan orang lain.
orang yang beruntung adalah manusia yang
sentiasa membersihkan jiwanya dan org yg paling malang adalah org yg
tidak menjaga kesihatan dan membersihkan jiwanya.
Kesimpulan mudah yang dapat diringkaskan ialah kejahatan melampau mereka itu berpunca dari JIWA YANG KOTOR .
Oleh itu, kita wajib berusaha merawat jiwa dan hati jantung kita agar
ia sentiasa sihat, bersih, suci, putih dan baik. Dalamilah ilmu agama,
hayatilah setiap ajaran agama Islam dan jangan lupa berdoa kepada Allah
agar diberikan jiwa yang penuh taqwa .
Semoga bermanfaat..
Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Antara pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: 1. Apabila engkau sedang solat maka jaga baik-baik fikiran mu. 2. Apabila engkau berada di ru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan