Hebat macam mana pun kita sebagai manusia , ketika Allah mencabut
ketenangan dari dalam hati kita . Maka , sekelip mata sahaja dunia ini
akan terasa sempit .
Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan
ke hilir dan yang hebat tidak lagi kelihatan hebat . Bumi yang sangat
luas sudah terasa sempit . Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana
dibelenggu oleh kegelisahan .
Benarlah kata ulama , bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati .
Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan