_#SekadarRenungan..._
Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Sabtu, 7 Oktober 2017
*🔹TARBIAH DIRI🔹*
*
🔹TARBIAH DIRI
🔹*
🔸Mencaci maki orang lain dgn kata² kotor, tidak membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri.
▫Sebab kata² kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita.
▫Hanya hati dan fikiran yang kotor mengeluarkan kata² yang kotor.
🔸Menghina orang tidak membuat org terhina melainkan membuat hina diri sendiri.
▫Sebab hanya hati dan fikiran yg hina akan mengeluarkan kata² dan perilaku menghina.
🔸Menghormati orang dgn kata² kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang.
▫Sebab hanya hati yg penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata² kasih.
🔸Menguatkan orang dgn kata² bijak akan membuat diri anda menjadi kuat dan fikiran anda bijak.
▫Sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata² bijak.
🔸Membahagiakan orang dgn kata² berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan jiwa anda penuh harapan.
▫Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata² penuh harapan.
🔸Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan, atau akan membentuk siapa diri kita.
💕Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki dan selanjutnya itu pula yang akan kita terima.
_#SekadarRenungan..._
_#SekadarRenungan..._
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan