Khamis, 12 Oktober 2017

*Doa Perlindungan Di Waktu Pagi & Petang.*

السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan pagi ini : *Doa Perlindungan Di Waktu Pagi & Petang.*
عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ
وَكَانَ أَبَانُ قَدْ أَصَابَهُ طَرَفُ فَالِجٍ فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ لَهُ أَبَانُ مَا تَنْظُرُ أَمَا إِنَّ الْحَدِيثَ كَمَا حَدَّثْتُكَ وَلَكِنِّي لَمْ أَقُلْهُ يَوْمَئِذٍ لِيُمْضِيَ اللَّهُ عَلَيَّ قَدَرَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيب.رواه الترمذي وإبن ماجه.
Maksud hadith :-
*Daripada Aban bin Uthman beliau berkata; saya mendengar Uthman bin 'Affan r.'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba pada setiap pagi dan petang hari mengucapkan;*
*بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ*
*(Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi mahupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan dia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." Dan Aban (Ibnu Uthman) pernah menderita lumpuh sebelah badan, kemudian terdapat seorang laki-laki yang melihat kepadanya. Maka Aban berkata kepadanya; apa yang engkau lihat, ketahuilah sesungguhnya hadith tersebut seperti yang telah aku ceritakan kepadamu, akan tetapi aku tidak mengucapkannya pada saat itu agar Allah menentukan dengan takdirNya atas diriku.* Abu Isa berkata; hadith ini adalah hadith hasan sahih gharib. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi: 3388, Ibnu Majah : 3869)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan