Ahad, 22 Disember 2013

Dr Abu Anas Madani

Dr Abu Anas Madani Peliharalah 7 perkara untuk bahagia: 1- Jangan membenci sesorang walau dia buat salah pada kamu. 2- Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya perbanyakkan berdoa kepada Allah. 3- Hiduplah dengan bersederhana sekalipun kamu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berharta. 4- Hendaklah sentiasa berfikiran positif walau sentiasa ditimpa ujian daripada Allah dan hendaklah bersangka baik kwpada Allah. 5- Banyakkan memberi atau bersedekah sekalipun kamu terhalang daripda menerima pemberian (iaitu walau org x bg kt kita). 6- Sentiasalah senyum sekalipun hatimu terluka. 7- Jangan putus berdoa untuk kebaikan saudaramu tanpa pengetahuannya..

Sabtu, 21 Disember 2013

PERSOALAN

Bagaimana wanita yang tidak sempat mendapatkan jodohnya di dunia? Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak? 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia. 2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga. 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga. 4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga. 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga. 6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

SABDA RASULLULAH

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Rabu, 27 November 2013

Habib Syeikh Assegaf - Malam Cinta Rasul

DOA SOLAT DHUHA

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..

Sabtu, 23 November 2013

سورة البقرة كاملة | محمد صديق المنشاوي

الشيخ ماهر المعيقلي وما تيسر من الاحقاف {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَ...

KITA BUKANLAH....

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh. 2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin. 3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome. 4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik. 5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat. 6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang. 7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah. 8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut. TAPI.. 1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain. 2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan. 3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri. 4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain. 5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain. Salin Menyukai kecantikan dan keindahan adalah salah satu fitrah, kecenderungan yg dimiliki setiap wanita. Perasaan ingin cantik ini adalah nikmat Allah SWT. Tetapi seringkali wanita salah tafsir nilai kecantikan yang sebenarnya dan menganggap bahwa kecantikan wanita hanya tertumpu pada keindahan fizikal atau secara lahiriah saja. Seringkali insan menyaksikan betapa banyak wanita cantik di dunia ini tapi keindahannya hanya sesaat. Peribadinya adalah peribadi yang tak menyenangkan, kehidupannya tunggang langgang dsbnya. Perilakunya tidak cantik bahkan menimbulkan masalah bagi diri sendiri dan orang lain. Padahal ALLAH menciptakan kita TIDAK dengan sia-sia. Kita dituntut untuk terus menerus beribadah kepadaNya. Ilmu agama yang harus kita gali adalah ilmu yang Ittibaurrasul (mencontoh Rasulullah). Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik baik bentuk : “Laqod kholaqnal insaana fii ahsani taqwiim” artinya : “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” ( Qs. 95 : 4 ). Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: “Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati.(HR Bukhari dan Muslim) Berbahagialah ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tapi terutama hati dan akhlak. Kerana kecantikan fizikal pasti akan menurun seiring dengan bertambahnya usia. Tapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang di sekitar kita

Jumaat, 22 November 2013

6 KUNCI KETENANGAN HATI

6 Kunci Mendapat Ketenangan Hati Sahabatku ada 6 tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati semoga bermanfaat : 1. Jangan tergantung terhadap orang lain, bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki. 2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat. 3. Jangan mengingat penyesalan di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik. 4. Jangan pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu. 5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta tapi waktu. maka pergunakan waktu dengan baik. 6. Jangan khawatir dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka, ingatlah ALLAH, ALLAH pun akan ingat pada kita.

10 SOLAT YANG DI TOLAK

10 solat yang ditolak.... Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

JIKA ADA MASALAH

“Sekiranya ada masalah yang tidak selesai, beristighfar sebanyak-banyaknya. Nescaya Allah akan membuka jalan keluar. Apabila terasa sentuhan Allah, segala ujian, cubaan dan kesulitan yang datang akan menjadi seperti cucuran air hujan atau hembusan angin sahaja.” ~Sheikh Ibnu Taimiyah~

KENAPE?

-KENAPA AKU DIUJI? Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.” 2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN? Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” 5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!! Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir." 6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP? Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.” 7-APA JAWAPANNYA? Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.” 8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.” 9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Surah At-Taubah ayat 129“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.” Renung2 kan pada hari ini, moga dpt membawa kebaikan pada semua 9 hari yang lalu • Komen • Suka • 3 menyukai • Lapor Salah Guna nAdiA-나디아 Assalamualaikum & Selamat Pagi.. Jom share ilmu sikit kat sini..Ape pendapat anda tentang industri MLM / Network marketing? Ade sape2 pernah join x??

Allahu Allah - Syamil

سورة البقرة كاملة 5 ساعات - محمد صديق المنشاوي - مجود

Selasa, 19 November 2013

ساعة مع قصار السور للشيخ عبد الباسط

MENANGISLAH

tanpa disedari kita berhutang air mata dengan Rasulullah SAW.Baginda telah mengalirkan air mata kerana kita,walhal kita ada yg tidak penah menitiskan walau setitis air mata pun ke bumi utknya...menangislah wlau sebentar utk Rasulullah agar jiwa kita berasa lapang dan bahagia..

PETUA RAWATAN ISLAM

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala 1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 5. Baca Surah An-Nas (1kali) 6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali) NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit..

Sabtu, 16 November 2013

سورة البقرة كاملة من الحرم المكي الشيخ السديس والشريم

BIDADARI AINUL MARDHIAH

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Law Kana Bainana (Tv Alhijrah) dengan sarikata rumi.mp4

SOLAT SUNAT DUHA

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang. Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Sabtu, 9 November 2013

KASIH NABI KEPADA UMATNYA

Nabi Muhammad saw didatangi Jibril membawa khabar baik untuk umatnya. Jibril menyampaikan salam Allah kepada Baginda saw. lalu memberitahu Allah akan mengampunkan dosa umatnya setahun sebelum dia meninggal sekiranya dia bertaubat. Nabi Muhammad saw. mengatakan setahun terlalu lama; pelbagai perkara boleh berlaku. Baginda meminta Jibril kembali menghadap Allah minta dikurangkan. Jibril beredar menghadap Allah. Kali kedua Jibril berjumpa Nabi Muhammad mengatakan bahawa Allah akan mengampunkan dosa umatnya sebulan sebelum dia meninggal dunia jika dia bertaubat. Nabi Muhammad saw mengetahui kelemahan umatnya dan meminta Malaikat Jibril menghadap Allah sekali lagi. Jibril tanpa berlengah beredar sekali lagi. Kali ketiga berjumpa Nabi, Jibril mengatakan Allah akan menerima taubat umat Muhammad sehari sebelum meninggal dunia. Sebagai rasul yang menyayangi umat, Baginda masih menaruh harapan agar Allah melonggarkan syarat taubat bagi umatnya. Nabi meminta Jibril menghadap Allah untuk kurniaan seterusnya. Pada kali keempat, Jibril menemui Nabi dan mengatakan Allah bersedia menerima taubat umatnya selagi nyawanya belum sampai ke khalqum. Inilah kurniaan Allah yang bersifat dengan Ar-Rahim kepada hamba-hambanya. Lihatlah betapa Nabi sayangkan umat. Baginda tidak mahu melihat umatnya diseksa di neraka. Jika boleh Baginda ingin menyelamatkan keseluruhan umatnya dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Inilah sifat seorang pemimpin tulen yang tiada tolok bandingan di dunia ini. Sebagai umat, kita wajib bersyukur dengan berselawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Di atas pengorbanan dan dakwahnyalah maka kita dapat menikmati Islam dan Iman. Allahumma Salli Ala Saidina Muhammad wa ala aalihi wasahbihi wa sallam.

hisab dihadapan Allah SWT

Setiap amalan manusia samaada amalan yang kecil atau besar semuanya akan di hisab dan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Termasuk setiap anggota manusia samaada mata. telinga, hidung, kaki, tangan, mulut, kepala, rambut dan kulit manusia akan di tanya satu persatu dan akan menjadi saksi . Anggota manusia tidak akan berbohong dan mereka akan berkata benar. Satu persatu mereka akan menjawab dan menjadi saksi di atas perbuatan manusia!Jika manusia melakukan amal soleh, taat kepada semua perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya maka akan berbahagialah dia setelah melalui mizan dan mahkamah Allah SWT. Tetapi sebaliknya jika manusia hidup di dunia penuh maksiat dan dosa, hari-hari membuat fitnah, mengumpat, menzalimi orang lain, tinggalkan solat, merampas hak orang lain, menipu dalam mengejar kekuasaan dan harta dunia, awas!!! manusia akan hidup menderita berpanjangan. Keseronokan manusia bersama ketua dan kumpulan masing-masing dan berbangga dengan menghina kumpulan lain tidak bermakna langsung dan tidak membantu untuk menolak azab Allah SWT.atau dengan lain perkataan, "tak berbaloi langsung"Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesiapa yan

sabda nabi

"Nabi bersabda:\\n\\n\\u201cBarangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat dan barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia, akan gembira di akhirat.\\u201d\\n\\nNabi bersabda lagi:\\n\\n\\u201cJika kamu tahu apa yang akan aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.\\u201d\\n\\nSeorang hukama pernah bersyair:\\n\\n\\u201cAku hairan dan aku pelik, melihat orang ketawa\\u2026kerana perara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.\\u201d\\n\\nSalafussoleh menangis walaupun banyak beramal takut-takut tidak diterima\\nsedangkan kita masih ketawa walaupun amalan tiada.\\n\\nAllah...\\n\\n :("

22 PERISTIWA PADA 10 MUHARAM

22 PERISTIWA PADA 10 MUHARAM 1. Allah jadikan dunia ini. 2. Hari pertama diturunkan rahmat 3. Hari Pertama diturunkan hujan 4. Hari dijadikan Arash 5. Hai diciptakan Loh Mahfuz 6. Hari diciptakan Malaikat Jibril 7. Hari diciptakan Nabi Adam 8. hari diampunkan dosa Nabi Adam (setelah 60tahun memakan buah khuldi) 9. Nabi Idris diangkat kelangit 10. Kapal Nabi Noh selamat mendarat dipuncak gunung 11. Nabi Ibrahim selamat dari terbakar 12.Nabi Ibrahim terselamat dari seksaan Namrud 13. Nabi Yusuf dibebaskan dari 7 tahun penjara 14. Nabi Yakub pulih dari buta 15. Nabi Ayob pulih dari penyakit 16. Nabi Musa diselamatkan dari firaun 17. Diturunkan kitab Taurat 18. Nabi Yunus diselamatkan dari ikan nun 19. Nabi Daud diampunkankan dari kesilapannya 20. Nabi Sulaiman dikurniakan kerajaan besar 21. Nabi Isa diangkat kelangit 22. Syaidina Husin dibunuh diKarbala

Jumaat, 8 November 2013

~KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT AL-QURAN~

~KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT AL-QURAN~ Dalam AlQuran dijelaskan beberapa kelebihan orang yang bangun di waktu malam untuk beribadat, bertaubat dan bermunajat kepada Allah.Antaranya ialah: 1.Pahala mereka tidak terhalang Firman Allah: “Dan apa sahaja kebaikan yang mereka(orang yang bangun beribadat waktu malam) kerjakan,maka sekali-kali mereka tidak dihalangi(menerima pahalanya)dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa.” [Ali Imran 115] 2.Memperoleh nikmat dalam syurga. Mereka yang akan memperoleh nikmat syurga itu digambarkan Allah telah melakukan berbagai ibadat: Firman Allah: …Iaitu orang-orang yang sabar,yang benar,yang tetap taat,yang menafkahkan hartanya di jalan Allah,dan yang memohon ampun di waktu sahur.”[ Ali Imran 17] 3.Allah mengngkat orang yang beribadat waktu malam di tempat yang terpuji. Firman Allah: “Dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah kamu,sebagai satu ibadah tambahan bagimu,mudah-mudahan tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” [ Al Isra’79] 4.Mempunyai sifat sabar. Firman Allah: “Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang. [ Qaaf 39.] 5.Orang bangun beribadat waktu malam senang berkorban dan membantu orang miskin. Firman Allah: “Sesungguhnya mereka(iaitu mereka yang di dalam syurga)sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan. [Azzariyat 18.] 6.Orang yang bangun malam untuk beribadat tabah menunggu ketetapan dari Allah. Firman Allah: “Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu,sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami,dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri.Dan bertasbihlah kepadanya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang. [ At Thur 48] 7.Ibadah waktu malam lebih khusyuk. Firman Allah: “Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat(untuk khusyuk)dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.” [Al Muzammil 6] KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT HADIS 1.Allah akan mengabulkan permintaan hambanya: Sabda Rasulullah saw: Daripada Abu Hurairah,Rasulullah saw bersabda: “Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam,Allah turun ke langit dunia dan berseru:”Siapa yang memangggilKu,maka Aku akan menyambutnya.Siapa yang memohon kepadaKu,Akupun mengabulkannya.Dan siapa yang memohon ampun,maka Aku mengampuninya. (Bukhari,Muslim,Tarmizi.) 2.Menambah dekatnya diri antara hamba dengan Allah. Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada TuhanNya adalah di waktu tengah malam.Oleh sebab itu,jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepadaNya,maka kerjakanlah. (Abu Daud dan Tarmizi.) 3.Menjadi penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh. Sabda Rasulullah saw: “Hendaklah kamu semua rajin bangun malam bertahajjud.Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu.Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah.Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskanNya,dan menjadi penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.(Tarmizi) 4.Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi. Sabda Rasulullah saw: Dari Abu Hurairah ia berkata:Sesungguhnya Rasulullah bersabda:”Sebaik-baik solat setelah solat fardu ialah solat tahajjud.” (Muslim) 5.Orang yang sukar bangun malam bersahabat dengan syaitan: Daripada Ibn Mas”ud ia berkata:”Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tidur,tidak pernah bangun sedikit pun untuk solat.Rasulullah menjawab:”Telinga orang itu telah dikencing oleh syaitan.” (Bukhari,Muslim dan Nasai)

Ahad, 3 November 2013

ΔΔ BERSIKAP RENDAH HATI ITU LEBIH BAIK ΔΔ

ΔΔ BERSIKAP RENDAH HATI ITU LEBIH BAIK ΔΔ Sekuat apapun kita.. Sekaya apapun kita.. Sebijak apapun kita.. Ada saatnya lemah jua.. Sehingga perlu orang lain untuk menguatkan, Hidup adalah roda, Adakalanya di atas adakalanya di bawah.. Oleh karena itu sahabatku Sucikan Hati Dari Penyakit Hati, tak perlu bangga dengan apa yang kita miliki, karena semua hanyalah titipan.. Tak perlu menyombongkan diri, karena kita hanyalah seorang hamba.. Sesungguhnya bersikap sederhana itu lebih menyenangkan.. Dan bersikap rendah hati itu lebih mulia.. Aamiin,. YA ALLAH.. Θ Muliakanlah orang yang membaca status ini. Θ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid. Θ Lapangkanlah hatinya. Θ Bahagiakanlah keluarganya. Θ Luaskan rezekinya seluas lautan. Θ Mudahkan segala urusannya. Θ Kabulkan cita-citanya. Θ Jauhkan dari segala musibah. Θ Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Θ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang Me-Like dan Membagikan status ini..

firman Allah:

firman Allah: Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka. (A-li'Imraan 3:10) (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya. (A-li'Imraan 3:11)

Selasa, 1 Oktober 2013

DIRIWAYATKAN

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?" Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya." (HR Al-Bazzar dan At-Thabrani)

Jumaat, 27 September 2013

HADITH

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami siksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)

HADITH

‘’ AKU TIDAK PERNAH RASA SEDIH KETIKA MATAHARI TERBENAM...KECUALI KERANA AKU RISAU UMURKU INI MAKIN MENINGKAT TAPI AMALKU MASIH BELUM BERTAMBAH. ‘’ ( IMAM AL-GHAZALI )

إبتهال دعاء الفجر - نصر الدين طوبار - كامل (جزء 2 )

الشيخ النقشبندى - ربى هب لى هدى (+playlist)

Kiamat Hampir Tiba

13. SJ3. Doa Dalam Sujud? - UA 35

Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..

EL-SURAYA - Doa Dalam Irama

DOA-DOA DI MASJIDIL HARAM MEKAH

Ahad, 22 September 2013

Ceramah Perdana - Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood)

[Tazkirah] Lailatul Qadar

Indahnya Hijab 1 - Ustaz Haslin Bahrin 27 Jun 2013

Yatt Hamzah - Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah S.A.W

Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain.

“Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Jangan biarkan ia terus menjadi hitam...

Jangan biarkan ia terus menjadi hitam...

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana diselaputi oleh tompokan dosa demi dosa. Pada setiap dosa yang dilakukan tanpa diikuti dengan penyesalan atau taubat akan menyebabkan terlekatnya satu lagi titik hitam pada hati tersebut.

Jelas digambarkan dalam maksud hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."

(Hadis riwayat Ibn Majah).


Jangan biarkan ia terus menghitam...

IN-TEAM - RATU SYAHADAH (NASYID)

Selasa, 20 Ogos 2013

DOA HINDAR DR KESUSAHAN , BismillaahiRRahmaaniRRahiim.. ALLAHUMA INI A'UDZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZANI, WA A'UDZUBIKA MINAL 'AJZI WAL KASALI, WA A'UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUHKLI, WA A'UDZUBIKA MIN GHOLABATI DAENI WA QOHRI RIJAL (HR BUKHARI MUSLIM) Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa PRIHATIN dan SUSAH. Dan aku berlindungkepadaMu dari KELEMAHAN dan KEMALASAN, dan dan aku berling kepadaMu dari rasa TAKUT dan rasa KIKIR, dan aku berlindung kepadaMu dari jerat hutang dan PENINDASAN.. Aamiin Allahumma Aamiin

Rabu, 10 Julai 2013

Mari belajar bahasa syurga ! :')

Mari belajar bahasa syurga ! :')

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

وائل جسار - بسم الله 2011 Besm allah.flv

Ahad, 9 Jun 2013

هل سمعت أذان بهذا الجمال

TIGA TEMPAT YANG MENDATANGKAN KETENANGAN JIWA

3 TEMPAT YANG MENDATANG KETENANGAN PADA JIWA~ PERNAH satu ketika seorang sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: “Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.” Mendengar itu Ibnu Mas’ud terus berkata: “Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada ALLAH dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada ALLAH SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Sami yusuf - supplication (lyrics)

Video yg sangat menyentuh Kasih Orang tua kita

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Sabtu, 8 Jun 2013

مناظر جميله طبيعه رائعه

7 KEAJAIBAN DUNIA 2012

Surat 2 Al-Baqarah complete الشيخ السديس sh. As-Sudais سورة البقرة كاملة

Juz 'Amma Plus Terjemahan - Muhammad Thoha Al Junayd

Qasidah Nabiyyuna Ya Rasullullah

قل يعبادي الذين أسرفو على أنفسهم مقطع للشيخ ماهرالمعيقلي

99 Names of Allah - Learn them and Enter Paradise - Al Asma Al Husna - N...

edcoustic-muhasabah cinta+lyrics

Ungu Andai Ku Tahu with Lyrics

Surat Al-Isra-Sheikh Saad Al Ghamdi

kisah wafatnya rosululloh2

موسيقى صامتة حزينة

Jumaat, 31 Mei 2013

FAEDAH ISTIGHFAR

Faedah Istighfar Datang seorang kepada Hasan Al-Bashri mengadukan kemiskinannya, maka Hasan Al-Bashri memberikan anjuran untuk dia banyak beristighfar. Datang orang kedua mengadukan perihal dirinya yang lama tidak berketurunan, maka Al-hasan menganjurkannya banyak beristighfar. Datang orang ketiga mengadukan perihal kekeringan dan paceklik karena lama tidak turun hujan, maka beliau pun menganjurkannya beristighfar. Hingga bertanyalah seorang murid kepada Al-Hasan, “Wahai Al-Hasan, mengapa setiap orang yang datang dengan keluhan-keluhannya engkau ajarkan mereka untuk beristighfar? Al-Hasan Al-Bashri mengatakan: sesungguhnya bukanlah jawabanku dari diriku, namun aku dapatkan dari Firman Allah Ta’ala: فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. Nuuh: 10-12 Berkata Ibnu Taimiyyah: “Sungguh,kadang-kadang terlintas di hatiku suatu persoalan yang sulit untuk aku pahami, maka aku beristighfar kepada Allah, sehingga dadaku menjadi lapang dan persoalan itu terpecahkan. Terkadang aku berada di pasar, masjid, atau madrosah, hal itu tidak menghalangiku untuk mengucapkan istighfar,hingga aku memperoleh apa yang aku inginkan.” Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil a’liyil a’zim. Allahumma salli 'ala muhammadin wa ala ali Muhammad. Astaghfirullahal adzim.

Nazrey Johani - Wahai Kekasih (Ya Rasulallah) [HD]

5 Hours Rain - for INSOMNIA

Ustaz Haslin Bahrin - Fikirkanlah wahai saudaraku

Selasa, 21 Mei 2013

en-GB

en-GB

ALAM NASRAH


الشرح
( Alam Nasyrah )
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
3. yang memberatkan punggungmu [1585]?

[1585] Yang dimaksud dengan "beban" di sini ialah kesusahan-kesusahan yang diderita Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyampaikan risalah.
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu [1586],

[1586] Meninggikan nama Nabi Muhammad s.a.w di sini maksudnya ialah meninggikan derajat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah dalam kalimat syahadat, menjadikan ta'at kepada Nabi termasuk ta'at kepada Allah dan lain-lain.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain [1587],

[1587] Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berda'wah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan shalat berdo'alah.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

AL FIIL


الفيل
( Al Fiil )
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah [1602]?

[1602] Yang dimaksud dengan tentara bergajah ialah tentara yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Ka'bah. Sebelum masuk ke kota Mekah tentara tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?,
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
3. dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

AL QADR


القدر
( Al Qadr )
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan[1594].

[1594] "Malam kemuliaan" dikenal dalam bahasa Indonesia dengan malam "Lailatul Qadr" yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, karena pada malam itu permulaan turunnya Al Qur'an.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

AL KAUTSAR


الكوثر
( Al Kautsar )
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni'mat yang banyak.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah [1606].

[1606] Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih hewan qurban dan mensyukuri ni'mat Allah.
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus [1607].

[1607] Maksudnya "terputus" di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Isnin, 20 Mei 2013

ADH DHUHAA


الضحى
( Adh Dhuhaa )
وَالضُّحَى
1. Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى
2. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى
3. Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu(1582).

[1582] Maksudnya: ketika turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. terhenti untuk sementara waktu, orang-orang musyrik berkata: "Tuhannya (Muhammad) telah meninggalkannya dan benci kepadanya". Maka turunlah ayat ini untuk membantah perkataan orang-orang musyrik itu.
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى
4. Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan) (1583).

[1583] Maksudnya ialah bahwa akhir perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. itu akan menjumpai kemenangan-kemenangan, sedang permulaannya penuh dengan kesulitan-kesulitan. Ada pula sebagian ahli tafsir yang mengartikan "akhirat" dengan "kehidupan akhirat" beserta segala kesenangannya dan "ula" dengan arti "kehidupan dunia".
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى
5. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya (*) kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. (*) Menurunkan wahyu, memberikan pimpinan dan pengetahuan kepada Nabi Muhammad sehingga beliau menjadi bersenang hati, karena telah mendapat jalan untuk memimpin ummatnya ke jalan yang baik.
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى
6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu ?
وَوَجَدَكَ ضَالّاً فَهَدَى
7. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung(1584), lalu Dia memberikan petunjuk.

[1584] Yang dimaksud dengan "bingung" di sini ialah kebingungan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak bisa dicapai oleh akal, lalu Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad s.a.w. sebagai jalan untuk memimpin ummat menuju keselamatan dunia dan akhirat.
وَوَجَدَكَ عَائِلاً فَأَغْنَى
8. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
9. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
10. Dan terhadap orang yang minta-minta (*), janganlah kamu menghardiknya. (*) Orang miskin yang minta sedekah, atau orang bodoh yang minta ilmu pengetahuan

AL IKHLASH


الإخلاص
( Al Ikhlash )
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
اللَّهُ الصَّمَدُ
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".