*Riak dan ujub*
Keadaan yang
paling menghiris hati kelak di hari akhirat adalah ketika Allah SWT
menampakkan segala pahala ibadah kita di hadapan kita.
Inilah pahala
solat berjemaah kamu di masjid, inilah pahala menghadiri majlis ilmu
kamu, inilah pahala baca Al Quran kamu, inilah pahala berdakwah kamu.
Inilah pahala sedekah kamu."
Dan ketika kita merasa syurga sudah
begitu dekat, selangkah sahaja lagi tiba-tiba saja semua pahala tersebut
hilang entah ke mana.
Semua pahala ini telah engkau tebus dengan
amalan riak dan ujub di dunia dahulu. Hingga tiada baki sedikit pun
lagi di akhirat. Silakan engkau meminta kebaikan kepada manusia-manusia
yang membuat kamu riak dan ujub itu!".
Riak dan ujub itu begitu halus. Tidak dapat dikesan. Tidak seperti perbuatan zina atau pembunuhan.
Seorang penzina dan pembunuh sedar yang perbuatannya salah lalu
bertaubat. Namun pelaku ujub dan riak kebanyakannya tidak menyedari
kesalahannya.
Lawanlah riak dan ujub sekarang. Sewaktu kita berada di atas dunia ini ....insyaallah
Semoga bermanfaat...
Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Antara pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: 1. Apabila engkau sedang solat maka jaga baik-baik fikiran mu. 2. Apabila engkau berada di ru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan