Assalamu'alaikum wbt..
*SAKI BAKI KEHIDUPAN*
Alhamdulillah , kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk
bernafas dibumiNya pada hari ini untuk meneruskan saki baki kehidupan
yang sementara. Setiap hari ada saja berita kematian tak kira usia
samada yang mati secara tiba2, kemalangan dan penyakit. Ke semua berita2
yang kita dengar ini bukan sekadar berita tetapi ia memberi peringatan
kepada kita bahawa janji pasti ini akan terjadi juga pada kita pada
bila2 masa dan tidak kita ketahui.
Jesteru
seruan para rasul serta kesinambungan para ULAMAK adalah mengajak
seluruh manusia untuk menuju kpd TAQWA sebelum kita semua mengakhiri
nafas kita yang terakhir berserta iman yang benar.
Apakah yang
akan terjadi kalau kita mati tanpa iman & taqwa? Akibatnya manusia
akan diazab bermula di dalam kuburnya hinggalah ke siksaan kemuncak yg
terakhir iaitu Neraka Jahannam.
Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk ISTIQOMAH di dalam melakukan ibadah seharian.
Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Antara pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: 1. Apabila engkau sedang solat maka jaga baik-baik fikiran mu. 2. Apabila engkau berada di ru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan