Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Jumaat, 3 Januari 2014
TIGA JENIS KAWAN
3 Jenis Kawan Kata Imam al-Ghazali r.alaih ::
✔Kawan yang pertama
kawan yang ada ilmu bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita.. Imam al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
✔Kawan yang kedua
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.. Imam al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah ALLAH (Alhamdullilah)..
✔Kawan yang ketiga
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam -macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.. Imam al-Ghazali jangan kawan dengan orang yang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.. Dan takut takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan