Mendidik anak bererti sama dengan memanjangkan usia kita. Kerana anak
kita lahir dari diri kita. Umur kita mungkin hanya puluhan tahun saja.
Tapi dengan adanya anak-anak yang soleh, seolah-olah kita hidup selama
ratusan tahun bahkan lebih. Semua itu kerana doa yang mereka kirimkan
kepada kita saat kita terbaring di alam kubur.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ لَيَرْفَعُ الْعَبْدَ الدَّرَجَةَ فَيَقُولُ: رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ الدَّرَجَةُ، فَيَقُولُ: بِدُعَاءِ وَلَدِكَ لَكَ
"Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seseorang di dalam syurga.
Lalu orang itu bertanya: Wahai Tuhan, dari mana saya memiliki darjat
yang sedemikian tinggi ini? Allah menjawab: Dari doa anakmu untukmu."
(HR. Baihaqi)
Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan