Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan solat kita, nanti akan
terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
1⃣ Golongan Pertama
👹
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang,
bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh
kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang
tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau
ia masih yakin sembahyang itu fardu.
2⃣ Golongan Kedua
😈
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih
tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang
maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang
tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam
keadaan derhaka kepada Allah Taala.
3⃣ Golongan Ketiga
👱
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai
sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang
kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa
dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada
program kenduri, pesta, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia
tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
4⃣ Golongan Keempat
👨
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi
tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang
dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya
pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang
dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada
dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,
orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
5⃣ Golongan Kelima
💂
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya,
faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih
melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak
dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
6⃣ Golongan Keenam
👲
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main
tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah
terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba-
tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan
yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan
khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu
moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang
itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi
cinta akan orang jenis ini.
7⃣ Golongan Ketujuh
👳
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar
sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki
harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini
disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
8⃣ Golongan Kelapan
👳👳
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam
sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak
gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan
dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah).
9⃣ Golongan Kesembilan
👳👳👳
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang
malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah
langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai
segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti
sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah
panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak
sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan
kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.
Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan
Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan
sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai
sembahyang kita di tahap yang mana.
Maka ibadah sembahyang yang
boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk,
boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin
hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan
sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain
jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap
sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan
tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di
akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama
membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
💗💗 Semoga Bermanfaat. Sila kongsi sebanyak mungkin.
💗💗