Sabtu, 30 September 2017

KENA TAU

*_Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat_*.
*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.
*Doa Iftitah*:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika
*rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika
*bangun dari rukuk*:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika
*iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika
*sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika
*duduk di antara dua sujud*:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika
*Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika
*Tahiyat Akhir*:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!!!

AMALAN

ا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
     “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata  sehingga selesai bacaan :
اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :
اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama? 
Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)
     Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
     Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”
Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:   “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)
*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)

PETUA

Mari amalkan...
Pagar yang paling kuat..
Barang siapa yang amal
1. Surah Al-Baqarah ayat 1-5
2. Ayat kursi
3. Tiga ayat terakhir surah Al-Baqarah
Menjelang malam (waktu maghrib)
Menjelang siang (waktu subuh)
Terhindar dari sihir...

DOA DHUHA

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..

ALIF LAM MIN ..

ALIFF LAM MIM.
KITAB (AL QURAN) INI TIDAK ADA KERAGUAN
PADANYA ; PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERTAQWA,
(IAITU) MEREKA YANG BERIMAN KEPADA YANG GHAIB, MENDIRIKAN SOLAT, DAN MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA,
DAN MEREKA YANG BERIMAN KEPADA (AL QURAN) YANG DITURUNKAN KEPADAMU
( MUHAMMAD ) DAN ( KITAB2 ) YANG TELAH DI TURUNKAN SEBELUM ENGKAU, DAN MEREKA YAKIN AKAN ADANYA AKHIRAT.
MEREKALAH YANG MENDAPAT PETUNJUK
DARI TUHANNYA, DAN MEREKA ITULAH ORANG2 YANG BERUNTUNG

Isnin, 16 November 2015

SOLAT TAUBAT

CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT :: Assalamu'alaikum.. Sebelum ni sy dah tunjukkan cara paling mudah nak buat Solat Dhuha dan Solat Hajat.. Kali ni kita buat Solat Taubat pulak eh.. Kita ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yg tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat.. Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat.. Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yg perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do'a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. Abes camne? Takpe.. Ni saya tunjukkan cara Solat Taubat yg paling mudah.. Satu saya nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh assume sekali buat, kompom ALLaH terima taubat.. Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.. Solat ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bersihkan diri.. Amek wudhu.. Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat.. Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala [Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala] Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa. Rakaat petama, baca Sural al-Kafirun 1x (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je) Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s. "La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin” Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka. Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit.. AstaghfiruLLaHhal'adziim / AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih. Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah... Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.. Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH? Bukan tak boleh baca do'a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, camne? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dgn air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do'a? Guna je do'a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do'a bahasa arab.. Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan; Robana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.. Camne kita nak bersihkan hati.. InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yg ditanggung tu hilang.. Senang kan? Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya.. Imam al-Ghazali ada cakap.. Tanda hati kita sudah mula hitam, [1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. [2] hilang kemanisan beribadah [3] hati tak makan nasihat Kalau rasa ada manfaat, SHARE ler... Mana tau ada kawan2 kita yg masih mencari2 camne cara nak bertaubat