Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Isnin, 30 Jun 2014
Jumaat, 27 Jun 2014
Khamis, 26 Jun 2014
Isnin, 23 Jun 2014
Ahad, 22 Jun 2014
Khamis, 19 Jun 2014
Rabu, 18 Jun 2014
Isnin, 16 Jun 2014
Ahad, 15 Jun 2014
Jumaat, 13 Jun 2014
Khamis, 12 Jun 2014
Rabu, 11 Jun 2014
TANDA ALLAH SUKA ATAU BENCI SESAORANG
Tanda orang dikasihi/dicintai oleh Allah dan dibenci/dimurkai oleh Allah SWT. Seorang sahabat bernama Zaid Alkhair bersusah-payah datang dari jauh bertanyakan kepada Rasulullah,apakah tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah. Rasulullah menyoal kembali, "Apakah yang terlintas di fikiran saudara apabila bangun tidur dan apakah yang saudara ingat sepanjang masa?" Zaid menjawab, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, mengingati kebaikan, suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan saya berusaha untuk melakukan kebaikan sepanjang hayat saya." Rasulullah saw menjawab kembali, "Ya! Itulah tanda-tanda seperti orang yang dikasihi Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti dibenci Allah."
Isnin, 9 Jun 2014
Ahad, 8 Jun 2014
Sabtu, 7 Jun 2014
Khamis, 5 Jun 2014
BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN
Bersangka baiklah sesama insan.. :)
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
* Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
* Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
* Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
* Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
* Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
* Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Marilah kita sama-sama ber husnudzhan sesama insan.Barangkali org yang buruk itu lebih baik dari kita pada masa akan dtg.
"Wahai org-org yg beriman! Jauhilah kamu dari prasangka,sesungguhnya sebahagian dari prasangka tersebut adalah dosa"
Al-Hujurat ayat 12...
Isnin, 2 Jun 2014
BALASAN SETIAP AMALAN
Setiap amalan manusia samaada amalan yang kecil atau besar semuanya akan di hisab dan di tanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Termasuk setiap anggota manusia samaada mata. telinga, hidung, kaki, tangan, mulut, kepala, rambut dan kulit manusia akan di tanya satu persatu dan akan menjadi saksi . Anggota manusia tidak akan berbohong dan mereka akan berkata benar. Satu persatu mereka akan menjawab dan menjadi saksi di atas perbuatan manusia!Jika manusia melakukan amal soleh, taat kepada semua perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya maka akan berbahagialah dia setelah melalui mizan dan mahkamah Allah SWT. Tetapi sebaliknya jika manusia hidup di dunia penuh maksiat dan dosa, hari-hari membuat fitnah, mengumpat, menzalimi orang lain, tinggalkan solat, merampas hak orang lain, menipu dalam mengejar kekuasaan dan harta dunia, awas!!! manusia akan hidup menderita berpanjangan. Keseronokan manusia bersama ketua dan kumpulan masing-masing dan berbangga dengan menghina kumpulan lain tidak bermakna langsung dan tidak membantu untuk menolak azab Allah SWT.atau dengan lain perkataan, "tak berbaloi langsung"Firman Allah SWT maksudnya : "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" (Surah Taha, Ayat 124-125)Dalam surah Taah ayat 124 Allah SWT mengancam kepada mereka yang berpaling dan ingkar dari ingatan dan petunjuk-Nya. Sesiapa yang melanggar peraturan dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah SWT, melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar</b>
Ahad, 1 Jun 2014
Langgan:
Catatan (Atom)