Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Halaman
▼
Rabu, 25 Oktober 2017
RENUNGAN
Assalamualaikum.....untuk renungan kita semua Surah Al-Fatihah dapat
memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa
dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu
kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah
Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞
Surah Al-Mulk dapat... meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah
Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat
menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞
Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah
An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:- ۞ Ketika
anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya,
syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia
stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan
terus stroke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan