Halaman

Sabtu, 30 September 2017

DIDIKLAH ANAK

Mendidik anak bererti sama dengan memanjangkan usia kita. Kerana anak kita lahir dari diri kita. Umur kita mungkin hanya puluhan tahun saja. Tapi dengan adanya anak-anak yang soleh, seolah-olah kita hidup selama ratusan tahun bahkan lebih. Semua itu kerana doa yang mereka kirimkan kepada kita saat kita terbaring di alam kubur.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ لَيَرْفَعُ الْعَبْدَ الدَّرَجَةَ فَيَقُولُ: رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ الدَّرَجَةُ، فَيَقُولُ: بِدُعَاءِ وَلَدِكَ لَكَ
"Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seseorang di dalam syurga. Lalu orang itu bertanya: Wahai Tuhan, dari mana saya memiliki darjat yang sedemikian tinggi ini? Allah menjawab: Dari doa anakmu untukmu."
(HR. Baihaqi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan