Halaman

Sabtu, 30 September 2017

7 WASIAT RASULULLAH SAW DAN AMALAN ZIKIR ALLAH

7 WASIAT RASULULLAH SAW DAN AMALAN ZIKIR ALLAH
Berkata Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW
berwasiat kepadaku dengan 7 perkara:
1) Supaya aku mencintai orang orang miskin dan
yang dekat dengan mereka.
2) Beliau memerintahkan aku agar aku melihat
kepada orang yang berada di bawahku dan
tidak melihat kepada orang yang berada di
atasku.
3) Beliau memerintahkan agar aku menyambung
silaturahimku meskipun mereka berlaku kasar
kepadaku.
4) Aku dianjurkan agar memperbanyakkan ucapan
'laa hawla wa laa quwwata illa billah' (tidak ada
daya dan upaya kecuali dengan pertolongan
Allah).
5) Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran
walaupun pahit.
6) Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan
orang yang mencela dalam berdakwah kepada/
di jalan Allah.
7) Beliau melarang aku agar tidak meminta minta
sesuatu pun kepada manusia.
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
INILAH AMALAN PARA SUFI YANG SUDAH JARANG DIAMALKAN OLEH UMMAT ISLAM KINI.
"Barangsiapa yang duduk di dalam keadaan suci, di tempat yang sepi, sambil menghadap qiblat, penuh ketenangan sambil menundukkan kepala, lalu dia menyebut nama "الله" dengan hati yang khusyu' dan penuh adab, dia akan memperolehi kesan daripada zikirnya suatu bekas yang nampak di dalam hatinya, jika dia terus menekuninya, maka akan terpancar padanya cahaya kedekatan dan tersingkap baginya rahsia-rahsia ghaib."
[Kitab Ar-Risalah Al-Mu' awanah karangan Al-'ArifbiLlah Al-Habib Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad Qaddasallahu Sirrahu]
"Dunia diciptakan untuk manusia.
Manusia diciptakan untuk akhirat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan