Saya manusia yang tidak sempurna kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya org baik.. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya & peringatan buat diri..... Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...yg berusaha utk perbaiki diri setiap hari
Halaman
▼
Rabu, 11 Jun 2014
TANDA ALLAH SUKA ATAU BENCI SESAORANG
Tanda orang dikasihi/dicintai oleh Allah dan dibenci/dimurkai oleh Allah SWT. Seorang sahabat bernama Zaid Alkhair bersusah-payah datang dari jauh bertanyakan kepada Rasulullah,apakah tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah. Rasulullah menyoal kembali, "Apakah yang terlintas di fikiran saudara apabila bangun tidur dan apakah yang saudara ingat sepanjang masa?" Zaid menjawab, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, mengingati kebaikan, suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan saya berusaha untuk melakukan kebaikan sepanjang hayat saya." Rasulullah saw menjawab kembali, "Ya! Itulah tanda-tanda seperti orang yang dikasihi Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti dibenci Allah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan